Kata
Hubung Berpasangan
Kata
hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam
satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun kian…kian
entah…entah sedangkan…inikan pula
bukan sahaja…bahkan
juga sungguhpun…namun
makin…makin bukan sahaja…tetapi juga
sungguhpun…tetapi sama ada…atau
bagaimana…begitulah daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin
- Kata hubung berpasangan
“baik........mahupun”.
Digunakan untuk
menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat Contoh :
- Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai
pertandingan nyanyian itu.
- Sebagai seorang nelayan yang bergantung
hidup kepada laut,Pak Ali terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan
cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.
- Kata hubung berpasangan “bukan sahaja ..........bahkan juga”.
Digunakan untuk
menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
Ayat contoh :
- Abu bukan sahaja cantik,bahkan juga
berbudi bahasa.
- Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.
- Kata hubung berpasangan”daripada.............lebih
baik”.
Digunakan untuk
menunjukkan pertentangan maklumat.
Ayat contoh :
- Daripaada membazir wang lebih baik saya
menabung.
- Daripada membuang masa lebih baik saya
membaca buku.
No comments:
Post a Comment