Kata Hubung Perancangan

Kata Hubung Pancangan


Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.


Contoh :

apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara,sungguhpun, supaya, walaupun, ketika


Perhatikan rajah penggunaan kata hubung pancangan yang berikut.


Kata Hubung
Fungsinya
Contoh Penggunaan dalam ayat

Agar
Menerangkan maksud tujuan
1.Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu itu.
2.Ali sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat sembuh.

Apabila
Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa kejadian
1.Apabila ditegur,dia merajuk.
2.Dawai itu mengembang apabila dipanaskan.

Kerana
Menunjukan alasan sebab
1.Kerana deman dia tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan itu.
2.Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan sebiji gelas minuman.


Manakala
Menunjukkan masa dan perkara yang bertentangan
1.Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya manakala rakan-rakannya yang lain asik bermain sahaja.
2.Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu manakala adik sibuk melayan tetamu.


Setelah
Sebelum
Sejak
Menunjukkan masa
1.Setelah siap mengemas rumah,Ramli menyiapkan kerja sekolahnya pula.
2.Sebelum ke bandar,Amram membasuh kasut sekolahnya.
3.Sejak berpindah ke bandar,Azman jarang pulang ke kampung.


Supaya
Menerangkan maksud tujuan
1.Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya gigi kelihatan cantik dan bersih.
2.Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya supaya dia kelihatan lebih cantik.


No comments:

Post a Comment