Kata
Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan
untuk menggabungkan kata dengan kata, frasadengan frasa dan klausa dengan
klausa
Contoh
atau,
bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya,
serta, tetapi

Kata
Hubung
|
Fungsinya
|
Contoh
Penggunaan dalam Ayat
|
Atau
|
Menunjukkan pilihan
|
1.Ali belum pasti
sama ada aka melanjutkan pelajarannya ke maktab atau universiti.
2.”Awak atau saya
yang perlu menyiapkan tugasan ini,Zul?” tanya Abu
|
Dan
|
Menggabungkan dua
unsur yang setara
|
1.Anjing dan kucing
itu dipelihara oleh orang kaya itu.
2.Ah Seng dan Karim
pergi memancing di lombong tinggal itu.
|
Kecuali
|
Menunjukkan
kekecualian
|
1.Semua murid di
kelas itu membaca buku di perpustakaan kecuali Ramli.
2.Datuk Salleh
bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.
|
Lalu
|
Menggabungkan
dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
|
1.Milah masuk ke
dalam bilik lalu berbaring di atas tilam yang empuk itu
2.Anjing garang itu
menerkam pencuri lalu menggigit punggungnya.
|
Serta
|
Menyatakan maksud
turutatau bersama-sama
|
1.Alia rajin serta
gigih berusaha.
2.Salleh,Zaidi dan
Kamal serta Farid bercadang untuk pergi menonton wayang.
|
Sambil
|
Menunjukkan
perbuatanlain dilakukan di samping perbuatan utama
|
1.Sally menyanyi
sambil menari.
2.Kamala berlari
sambil menjinjing beg plastik.
|
Tetapi
|
Menggabungkan
ayatdengan ayat yang lain
|
1.Amran suka makan
nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai.
2.Rumah banglo itu
sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal
|
No comments:
Post a Comment